Wanita Berhijab Jadi Model Majalah Lucah 'Playboy'

Seorang wartawan bertudung di Amerika Syarikat tampil menghiasi majalah popular Playboy edisi terbaru bulan depan.

Noor Tagouri, 22, muncul dalam edisi “Renegades” bersama aktivis seks Stoya, pelawak Ali Wong, penulis novel Paul Beatty dan pemuzik Laura Jane Grace.

Pemain papan luncur Jason Dill dan juruatur komputer Sean Murray turut diwawancara.

Wanita keturunan Libya itu, yang lahir di West Virginia, menggemparkan ramai apabila menyatakan cita-citanya untuk menjadi penyampai berita pertama yang bertudung.

Pada Disember 2012, gambar dirinya yang duduk tersenyum di meja berita utama ABC 7 di Washington dengan coretan “impian saya” menjadi viral.

Susulan itu, lapor The Washington Post, puluhan ribu orang mengikuti personaliti bertudung ini, lapor News.com.au di sini semalam.

Hingga kini Noor Tagouri menarik kira-kira 125,000 orang di Facebook, 149,000 pengikut di Instagram dan hampir 28,000 peminat di Twitter.


Penampilan wanita bertudung ini susulan konsep baru Playboy, diasaskan pada 1953 sebagai majalah dewasa untuk lelaki, yang tidak lagi memaparkan wanita telanjang bulat.

Kini bertugas dengan portal berita video Newsy, beliau percaya imejnya yang bertudung dapat meyakinkan lagi sumber berita untuk muncul sebagai wartawan yang berjaya.

“Secara jujur, saya fikir sebagai seorang wanita Islam berhijab, ia membantu saya mendapatkan kepercayaan [sumber],” kata Noor Tagouri kepada Playboy.

“Saya tahu macam mana rasanya keadaan komuniti kami yang dieksploitasi dalam media.

“Saya seperti [berkata], ‘Hey, saya tahu apa rasanya disalah tafsir dalam media. Saya tidak akan berbuat demikian kepada anda. Saya ingin melaporkan cerita anda kerana ia penting dan berhak mendapat keadilan’.”

“Saya sendiri tahu apabila orang diberdayakan semula, mereka menyedari cerita mereka itu kuat dan mereka akan mula berkongsi.

“Ia amat memuaskan dan boleh juga membantu menyedarkan atau menyelamatkan orang lain.”


Biar menerima banyak kritikan dan suara membencinya dalam talian, Noor Tagouri tidak “membaca atau memberi perhatian” pada kerenah manusia tersebut.

“Ia hanyalah tenaga negatif dan tidak sihat. Saya pastikan selalu didampingi rakan-rakan yang hebat sebagai tempat berpijak,” katanya.

Dalam wawancara dengan The Washington Post pada Jun tahun lepas, wartawan ini begitu yakin dengan keputusannya berhijab.

“Ia memberdayakan saya. Ia membantu saya melakukan apa yang saya mahu lakukan.” katanya. “Bertudung di kepala tidak membuatkan laporan berita saya berbeza.”

Baru-baru ini, Noor Tagouri bekerjasama dengan jenama pakaian Lis’n Up Clothing, termasuk yang diilhamkan daripada artis Jean-Michel Basquiat.

Separuh daripada hasil jualan pakaian ini didermakan untuk badan mencegah perdagangan manusia Project Futures.
Previous Post Next Post

Contact Form