Wanita Maut Tercekik Daging Korban

Seorang wanita maut selepas mengalami sesak nafas dipercayai akibat tercekik ketika makan daging salai di rumahnya di Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang, semalam.

Mangsa, Nur Azimah Abdullah Alharith, 25, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, dekat sini, pada jam kira-kira 6.30 petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa bersama keluarga sedang menikmati daging korban yang dimasak salai, namun tiba-tiba dia mengadu sesak nafas dipercayai akibat tercekik.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pendang, Norlizawati Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.53 petang bagi meminta bantuan untuk menghantar mangsa ke HSB.

Beliau berkata, sebaik tiba lima minit kemudian, mangsa ketika itu sudah tidak sedarkan diri, namun masih bernyawa sebelum dikejarkan ke HSB untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.
Previous Post Next Post

Contact Form