(5 Gambar) 80 Ekor Ulat Dikeluarkan Dari Telinga Budak 4 Tahun

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Madhya Pradesh terpaksa berdepan pengalaman mengerikan apabila puluhan ulat dikesan ‘bersarang’ di dalam telinganya.

Menurut portal mirror.co.uk, masalah yang dihadapi M. Radhika dari sebuah perkampu­ngan kecil di Dhar, tengah India itu mula disedari ibu bapanya selepas kanak-kanak terbabit mengadu sakit di telinga kirinya dan kerap menangis.

Pakar perubatan di sebuah hospital, Dr. M. Raj Kumar yang menjalankan pemeriksaan ke atas Radhika mengakui terkejut apabila mendapati seekor serangga dipanggil Genus Chrysomya telah mene­taskan lebih 80 telur di dalam teli­nga kanak-kanak itu.

“Serangga jenis ini amat tertarik kepada bau busuk. Telinga serta hidung adalah kawasan pa­ling terdedah kepada serangan ber­kenaan.

“Kami pernah menerima kes seperti ini, tetapi membabitkan ‘serangan’ dua atau tiga telur. Namun ini adalah kali pertama kami melihat jumlah yang begitu ba­nyak di dalam telinga manusia,” katanya.


Kanak-kanak malang itu dilaporkan terpaksa menjalani dua pembedahan yang memakan masa hampir 90 minit bagi mengeluarkan semua telur dan ulat di dalam telinganya.

“Pelepasan cecair dari dalam telinga tidak boleh diabaikan dan perlu dibersihkan segera kerana boleh menarik larva yang membiak dengan cepat,” tambah beliau.
Previous Post Next Post

Contact Form