Doktor Peribadi Sultan Pahang Kini Bergelar Pelakon & Penyanyi

Bukan sahaja cantik dan berbakat, malah seorang gadis yang bijak. Memang layak digelar ‘Beauty With Brain’.

Jika anda pengikut setia drama Lara Aishah, pasti anda ingat dengan watak ‘Adila’ iaitu kaunselor kepada bekas banduan luar negara.

Gadis cantik tersebut merupakan pelakon baru iaitu Doktor Katalina. Gelaran tersebut bukan rekaan, memang benar dia merupakan doktor perubatan sebenar.

Katalina berkhidmat sebagai doktor peribadi Sultan Pahang dan bakal membuka klinik sendiri.


“Saya belajar sehingga ke Rusia kemudian berkhidmat di Hospital Selayang, ditukarkan ke Klinik Kesihatan Temerloh dan sekarang berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

“InsyaAllah saya sudah dapat perkenan Sultan Pahang untuk berhenti berkhidmat sebagai doktor peribadi dan rancangan saya sekarang adalah untuk buka klinik sendiri. Di samping itu saya juga akan teruskan berlakon dan menyanyi,”katanya seperti dipetik daripada Media Hiburan.


Jangan terkejut, Katalina sebenarnya bermula dengan menyanyi, kemudian barulah berlakon. Single pertamanya ‘Kan Terjadi’ merupakan OST kedua bagi Lara Aishah.

“Saya kekal menggunakan nama Doktor kerana untuk mencari kelainan dan keunikkan. Dan memang benar saya adalah Doktor, jadi apa salahnya jika saya terus gunakan gelaran tersebut,” ujarnya.
Previous Post Next Post

Contact Form