Seorang anggota polis tidak menyangka akan menyaman dirinya sendiri kerana melanggar peraturan jalan raya.
Laporan WTSP mengatakan Tim Glover dari Haines City Police Department ternampak rakaman beliau melanggar lampu merah.
Perkara tersebut disedari ketika Tim memeriksa rakaman lalu lintas yang menunjukkan sebuah kereta peronda melanggar lampu merah.
"Saya kenal kereta peronda tersebut (dalam rakaman) dan saya berharap ianya bukan saya," kata Tim.
Tapi pemeriksaan lanjut mendapati individu berkenaan adalah dirinya yang sedang dalam perjalanan membeli makanan tengah hari.
"Saya sudah diajar bahawa jika melakukan kesalahan, kita perlu bertanggung jawab.
"Kali ini, saya perlu beri saman kepada diri saya sendiri!" kata Tim.
Sementara itu, Ketua Polis Haines City, Jay Hopwood memuji kejujuran dan integriti Tim.
"Ciri-ciri tersebut yang menjadikan seseorang anggota polis yang disegani, jika anda tidak jujur dan berintegriti, anda hanya mengotorkan nama pihak berkuasa," kata Jay.