Remaja Bakal Dipenjara Kahwin Budak Lelaki 13 Tahun

Seorang remaja disiasat kerana didapati berkahwin dengan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun.

Menurut laporan Dailystar, Bilana B mendakwa dia dan suaminya, Zabar K adalah dari kaum gipsi dan perkahwinan sedemikian adalah normal.

Bilana dan pasangannya juga telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Yuri.

Bagaimanapun, Bilana berhadapan hukuman penjara 3 hingga 10 tahun kerana mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Nenek Zabar, Nema Kolmykova memberitahu pasangan berkenaan tidak dikahwinkan dengan sempurna.

"Perkahwinan mereka serba ringkas kerana kekurangan sumber kewangan," kata Neema.

Neema bagaimanapun merestui hubungan pasangan berkenaan.

Polis masih menyiasat kes tersebut.
Previous Post Next Post

Contact Form