Tarikh dan kadar Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M mulai tahun 2017. Seperti dibentangkan dalam Bajet 2017, isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 menerima BRIM dipertingkatkan dari RM1,000 kepada RM1200. Manakala isi rumah tersenarai dalam ekasih turut menerima jumlah yang sama iaitu RM1,200 (terdahulu RM1050). Isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga 4,000 juga akan menerima BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900. Manakala kategori individu bujang dan bekerja dinaikkan dari RM400 kepada RM450. BR1M bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan. Pembayaran BR1M 2017 akan dibayar secara ansuran empat kali berturut.
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM900
Kategori BR1M Individu Bujang: RM450
Kadar Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2017
Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000/e-Kasih: RM1200- Ansuran pertama: RM400 mulai 18 Februari 2017
- Ansuran kedua: RM400 mulai 5 Jun 2017
- Ansuran Ketiga: RM400 mulai Ogos 2017
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM900
- Ansuran pertama: RM300 mulai 18 Februari 2017
- Ansuran kedua: RM300 mulai 5 Jun 2017
- Ansuran Ketiga: RM300 mulai Ogos 2017
Kategori BR1M Individu Bujang: RM450
- RM450 mulai 18 Februari 2017