Bakeri Komugi ditutup bagi “pembersihan yang rapi dan penilaian prosedur operasi” selepas insiden tikus mati awal minggu ini, kata Mid Valley Megamall.
BACA: Insiden Tikus Atas Roti: Komugi Bakery Malaysia Mohon Maaf
Pengurusan pusat beli-belah itu juga menegaskan semua penyewa akan dipastikan menjaga tahap kebersihan, katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
“Susulan insiden di Komugi pada 23 Oktober lalu, pengurusan Mid Valley Megamall meminta maaf kepada pelanggan kami akibat pengalaman yang meresahkan itu,” katanya.
Semalam Komugi Malaysia menyatakan premisnya di gedung terkenal itu akan ditutup buat sementara bagi menjalankan siasatan insiden tersebut.
Kejadian itu mendapat perhatian meluas selepas seorang pelanggannya berkongsi foto seekor tikus terbaring di atas susunan roti yang baru sahaja dimasak di Facebook, Ahad lepas.
Pelanggan itu, yang tidak menamakan bakeri tersebut, sebelumnya memaklumkan kehadiran haiwan itu kepada kakitangan kedai Komugi.
Pengurusan Mid Valley berkata mereka kini bekerjasama dengan Komugi dan pihak berkuasa untuk “mengekalkan tahap kebersihan yang memuaskan bagi kedai itu”.
Disebabkan kejadian itu juga, pihak pengurusan berjanji akan menggandakan kekerapan pemeriksaan kebersihan.