Wanita Terpaksa Dibedah Kerana Alat Mainan Seks Tersangkut

Walaupun malu, seorang wanita terpaksa menelefon ambulans selepas alat mainan seks yang digunakannya tersangkut di dalam badannya, Sabtu lepas.

Menurut laporan Dailymail, sebelum menelefon ambulans, Emma Phillips, 24, dan pasangannya Lee Miller, 29, cuba mengeluarkan sendiri alatan tersebut.

"Miller menggunakan penyepit dari dapur tetapi tetap gagal," kata Emma.

Selepas sejam 'bersusah payah' dan masih gagal, Emma tahu sudah tiba masanya untuk menelefon ambulans.

"Para doktor sangat bagus, mereka bertindak dengan pantas dan menenangkan saya.

"Pada mulanya ia dianggap sebagai lawak tetapi selepas mendapat tahu kemungkinan dibedah, ianya sangat serius," jelas Emma.

Selepas menjalani pembedahan, peranti tersebut berjaya dikeluarkan dan dibenarkan pulang ke rumah hari yang sama.

Ibu Emma memberitahu, beliau tidak memarahi anaknya atau berasa malu dengan kejadian tersebut kerana ia melibatkan 'kecemasan'.

"Perkara tersebut seperti suatu taboo, tetapi kami tahu anak kami perlukan pertolongan," kata ibu Emma.

Emma kemudian memuatnaik ucapan terima kasih di Facebook kepada kru ambulans, doktor dan kakitangan hospital Wrexham yang telah membantu beliau.

Previous Post Next Post

Contact Form