Seorang lelaki dan anaknya berusia tiga tahun cedera parah dalam kejadian langgar lari di Ulu Tiram pada malam semalam.
Lapor Daily Traffic Report (DTR), dalam kejadian yang berlaku di Pasir Gudang itu, mangsa, Nirman, cedera teruk di bahagian muka dan badan, manakala anaknya, Nazireul Asraf, cedera di kepala dan calar di bahagian tangan kanan.
Kedua-dua mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail.
Menurut DTR, mangsa yang bukan berasal dari keluarga berada itu perlu menanggung kos rawatan dan perbelanjaan pesakit sebanyak RM5,000.
"Dua anak beranak ini memerlukan deposit sebanyak RM3,000 untuk membuat pembedahan. Kos keseluruhan pula adalah sebanyak RM4,000 dan belum termasuk pembayaran bil semasa di hospital.
"Jumlah keseluruhan setakat ini yang perlu ditanggung keluarga mangsa adalah sebanyak RM5,000. Kami mengharapkan bantuan dari anda semua," kata DTR.
Bagi mereka yang ingin membantu, bolehlah menghubungi Mohd Noor di talian 010-7780480 untuk pertanyaan lanjut.