Jumpa depan-depan, pemuda Albino hentam pembuli sendiri masa ‘live’ di TV3

Buli siber seperti bodyshaming sering berlaku dalam masyarakat kita apabila kekurangan mahupun kelebihan fizikal seseorang dijadikan bahan ejekan dan hinaan di media sosial.

Baru-baru ini, rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang bersiaran di TV3 telah menjemput pemuda Albino yang juga model, Azfar Firdaus, jejaka sado Shazwan Zafran dan pelakon Zulin Aziz bagi mengupas mengenai isu tersebut.

Ketiga-tiga tetamu tersebut pernah menjadi mangsa buli siber disebabkan oleh fizikal mereka. Namun kejutan tidak diduga berlaku apabila Azfar Firdaus membuat pendedahan bahawa pembulinya juga berada di dalam satu set yang sama.

Jumpa pembuli live dekat TV…

Situasi dirasai mulai tegang apabila Azfar mendedahkan bahawa, Shazwan Zafran yang ketika ditemu bual berkenaan isu badan sado, hakikatnya pernah membuat satu tweet berunsur body shaming dan ancaman terhadapnya.



Tolong buru dan kerat Azfar…

Mengimbas kembali kejadian tersebut, Azfar memaklumkan bahawa Shazwan telah memuat naik tweet tersebut dengan mengaitkannya dengan satu artikel berkenaan golongan Albino di luar negara yang dibunuh dan dikerat-kerat untuk tujuan sihir.

Dalam tweetnya, Shazwan meminta orang ramai memburu dan mengerat Azfar, iaitu tindakan yang sama dilakukan terhadap golongan Albino di negara lain.


Berhadapan pembuli siber, in real life macam ini lah

Azfar, 25, yang dilahirkan sebagai Albino mula dikenali selepas bergelar model disebabkan keunikan yang ada pada dirinya.

Menurut Azfar, dia sememangnya sering menjadi mangsa body shaming dan dalam temu bual bersama MHI hari ini, pemuda 25 tahun telah berhadapan sendiri dengan pembulinya secara live di kaca TV.

“Body shaming ni benda yang orang tak sedar, jari itu dia rasa macam invisible tapi kadang-kadang tak tahu yang kita akan berhadapan dengan orang kita buli ini, in real life. Macam ini lah…” katanya.

Mamat tu nak pandang kamera pun dah takut

Sorotan rancangan bual bicara tersebut yang telah dikongsikan di Twitter oleh seorang pengguna dengan nama akaun Burhan, telah mendapat perhatian ramai netizen dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.




Nice one bro!


Tembak depan-depan tu!


Patut terus mohon maaf…


Begitulah bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Selepas ini berhati-hatilah dalam mengeluarkan kata-kata di media sosial kerana ramai yang memerhati.
Previous Post Next Post

Contact Form