Disahkan menghidapi kanser ovari yang kini berada di fasa keempat, kesihatan penyanyi popular dangdut, Julia Perez dilaporkan semakin merosot malah dikatakan semakin membimbangkan.
Meskipun berada di dalam kondisi kesihatan yang membimbangkan, Julia Perez sempat berkongsi nasihat khas untuk pasangan suami isteri di luar sana.
Menurut Julia, beliau menasihatkan supaya pasangan suami isteri sentiasa menjaga kebersihan bahagian sulit masing-masing kerana jangkitan penyakit boleh merebak melalui cara pembuangan air kecil yang tidak dijaga.
Selain itu, Julia turut mengecam tindakan sesetengah suami yang berlaku curang dengan meniduri wanita lain selain daripada isteri masing-masing.
Menurut Julia, selain tidak mempunyai sifat setia pada pasangan, suami-suami dari golongan ini juga tidak mengamalkan seks yang sihat dengan tidak menggunakan kondom semasa meniduri wanita-wanita lain semasa di luar yang sekaligus berpontesi untuk terkena jangkitan virus yang merebak melalui hubungan seks.
“Itulah sebenarnya yang membawa penyakit itu datang menghancurkan hidup saya. Virus ini berasal dari suami. Jadi saya sarankan kepada suami jangan ‘berzina’ di luar, kasihan kami para isteri,” luah Julia kepada peminat.