Berikutan isu ketiadaan kerusi disediakan di ruangan lobi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAS) sejak beberapa hari lalu menyebabkan pelawat termasuk orang tua terpaksa duduk di atas lantai, Doktor Rafidah Abdullah, tampil memberi penjelasan berikut.
Orang-orang yang tidak sihat perlu dilawat, bukan melawat.
Sekarang ini, ada gambar yang diviralkan isu tiada tempat duduk di lobi hospital. Saya bekerja di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAH), Temerloh. Elok saya terangkan bagi (anda semua) faham.
Untuk makluman, HSHAH ada 9 tingkat. Ada 4 lif terus ke lobi, 4 lif di bahagian tepi. Purata pesakit di wad dalam 450 orang sehari. Ada 490 orang staf satu syif. Itu tak termasuk pelawat-pelawat lagi.
Cuba bayangkan, kalau perlu keluar cepat seperti ada kes bom, kebakaran, semua akan dikeluarkan mengikut lobi ini. Pesakit yang tak boleh jalan akan melalui lift tepi. Boleh bayangkan tak, kalau ada kerusi di lobi dan ianya menjadi penghalang?
Analogi Dato' Pengarah adalah: macam kita nak keluar masjid,ada pula orang yang sembahyang di tangga. Mereka ini, nak suruh kami letak sejadah di bahagian luar tempat orang lalu lalang ke?
Perlu diingatkan:
Saya tidak sangka, ramai masyarakat hanya tahu komplen saja, menyuarakan pendapat terutama di media sosial tanpa berfikir langsung. Kenapa tidak tanya melalui saluran yang betul? Tahunya nak viral sahaja.
Kami pengamal perubatan, takkanlah kami nak menyusahkan sesiapa. Beringatlah, kalau tak kuat atau tak sihat, JANGAN melawat orang lain di hospital. Mereka inilah yang kita perlu lawat, DI RUMAH.
Sekadar coretan & marilah kita sama-sama ingat mengingatkan.
Dr Rafidah Abdullah
Pakar,
Hospital Sultan Hj Ahmad Shah
Temerloh, Pahang.
#MedTweetMY

- Jika anda atau keluarga anda TIDAK SIHAT, JANGAN bawa melawat orang di hospital. Mereka inilah golongan yang patut dilawat. Di RUMAH. Kecuali menjadi pesakit.
- Hospital BUKAN tempat berkelah. Tahukah anda banyak risiko melawat hospital? Jika seseorang itu tua, terlampau muda (budak-budak) atau mempunyai penyakit kronik/tak kuat, anda golongan yang boleh dapat penyakit berjangkit jika melawat orang sakit. Ya Allah, jauhilah mana-mana hospital pun. Mohon janganlah bawa mereka. Kalau terpaksa datang hospital, mohon balik secepat mungkin. Mana keluarga mereka?
- Tidakkah anda terfikir akan keselamatan jika berlaku kecemasan? Anda tidak kisah beribu-ribu orang yang sangkut, mungkin tak dapat diselamatkan?
- Mohon patuhi masa melawat hospital. Kalau berkampung dalam wad, mungkin boleh kompromi rawatan yang diberikan. Tak termasuk akan bahaya dari aspek keselamatan; jika berlakunya kecemasan.