Johor Bahru - Doktor masih memantau kedaan tangan kanan bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang sudah bertukar warna hitam.
Ibu saudara kanak-kanak itu, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata, keluarga diberitahu pihak hospital sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan tangan kanan anak saudaranya itu kerana melihat bahagian siku ke atas masih boleh berfungsi dengan baik.
“Tangan kanan Mohamad Thaqif Amin sudah hitam termasuk semua jarinya sehingga hampir ke paras siku, namun siku ke atas masih elok.
“Jadi, doktor sedang pantau sehingga 8 malam ini. Jika keadaan masih sama, ia perlu dipotong,” katanya ketika ditemui di hadapan Wad Pergantungan Tinggi (HDW), Hospital Sultan Ismail di sini, hari ini.
Dia berkata, setakat ini, ahli keluarga belum memutuskan sama ada menerima keputusan doktor untuk memotong tangan kanan Mohamad Thaqif Amin atau tidak, namun berserah untuk sebarang kemungkinan.
“Doktor juga ada beritahu apa yang penting sekarang ini adalah nyawa Mohamad Thaqif Amin. Jadi, kami tak tahu nak cakap apa lagi, tunggu sehingga 8 malam ini, apa yang doktor akan putuskan,” katanya.
Dzuraidah berkata, anak saudaranya kini masih diberi ubat untuk tidur, memandangkan semalam, kanak-kanak itu tersedar dan meronta untuk membuka tiub yang dipasang kepadanya.
“Semalam, dia ada tersedar, tetapi meronta hendak membuka tiub yang dipasang, jadi, doktor terpaksa member ubat untuk dia ditidurkan,” katanya.