Pertama sekali, saya tidak menyangka trailer Thor: Ragnarok akan menjadi sebegini epik! Dalam masa kurang 2 minit, Marvel berjaya membuatkan rasa ingin tonton filem ini membuak-buak dalam hati setiap peminat setia Marvel Cinematic Universe!
Di permulaan trailer ini, kita dapat melihat Thor ‘kalah’ dalam pertembungan beliau dengan Hela (dilakonkan oleh Cate Blanchett) dan senjata kesayangannnya, Mjölnir dimusnahkan oleh Hela. Akibat kekalahan itu, Thor dihumban ke planet Sakaar, di mana beliau terpaksa menyertai pertandingan persis gladiator untuk beliau kembali bebas untuk pulang ke Asgard.
Ianya bukan tugas yang mudah kerana Thor perlu berlawan dengan rakan sepasukannya sendiri di sana, Hulk! Sekali lagi saya memuji trailer Thor: Ragnarok ini di mana pihak Marvel berjaya menyusun setiap pengenalan watak dan penceritaan dengan baik. Mereka memberitahu plot, tetapi tidak kesemuannya. Ini bagus kerana ia membuatkan peminat excited and wanting for more. Dua watak baharu turut diperkenakan iaitu Tessa Thompson sebagai Valkyrie and Jeff Goldblum sebagai Grandmaster dan ya, Loki pun akan turut serta dalam memeriahkan lagi filem ini!
Paling menarik pada trailer terbaru ini adalah penggunaan salah satu lagu Led Zeppelin kegemaran saya, Immigrant Song. Mengapa Taika Waititi, tuan pengarah memilih lagu yang fun untuk trailer ini instead of lagu yang ‘lebih Thor’? Perlu diingatkan dua filem penting MCU keluar tahun ini; Guardians Of The Galaxy dan Thor: Ragnarok. Untuk link-kan Avengers dengan Guardians Of The Galaxy adalah sangat penting untuk Avengers: Infinity War. Jadi tidak salah untuk menyuntik elemen fun pada tahun ini sebagai persediaan sebelum Infinity War tahun hadapan!
Saya masih tidak nampak peranan Spiderman-Man dalam Infinity War, yang juga akan muncul dengan filemnya tahun ini, Spider-Man: Homecoming. Mungkin Tony Stark akan beri task penting kepada Spidey dalam filem itu nanti? Dan yang terakhir, di mana Doctor Strange? Saya tahu Marvel mesti mahu buat kejutan dengan watak Doctor Strange. Save the best for last. Tak percaya? Kita tunggu 3 November nanti. Dah tak sabar ni!
- Azam A