Surabaya - Seorang qari meninggal dunia di hospital selepas rebah di atas pentas ketika sedang memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran pada satu majlis kediaman Menteri Sosial Indonesia, di Jemursari, dua hari lalu.
Detik.com dipetik melaporkan Ustaz Ja'far Abdurrahman dijemput pada acara hari Haul Keluarga Besar Menteri Sosial, Khofifah Indar Parawansa iaitu majlis memperingati setahun kematian dalam ahli keluarga.
Allahyarham Ja’far pada mulanya lancar memperdengarkan pemulaan surah al-Mulk selepas dipersilakan pengacara majlis.
“Tapi, apabila memasuki ayat ketiga, suara arwah ustaz seolah-olah kian jauh kerana mikrofon pada awalnya dekat di mulutnya semakin jauh sehingga terjatuh dari tangannya.
“Kepala arwah kemudian tertunduk dan dirinya rebah ke belakaang tidak lama kemudian,” kata Rofik Kurdi Ismail, seorang daripada ahli jawatankuasa majlis.
Katanya, keadaan arwah yang rebah di atas pentas membuatkan hadirin yang kyusuk mendengar bacaannya menjadi riuh.
Menurutnya, beberapa ahli jawatankuasa kemudiannya naik ke pentas dan membawa arwah ke Rumah Sakit (RS) Islam Jemursari iaitu kira-kira 400 meter dari kediaman menteri.
Bagaimanpun, katanya, ahli jawatankuasa yang membawa arwah ustaz ke RS Islam Jemursati itu memberitahu Allahyarham meninggal dunia sejam kemudian.