'Alahai, Kesiannya Meow...'



Kesian kucing ni. Tak pasal-pasal dia jadi macam ni sebab masalah komunikasi. Kisah malang kucing bernama Jin Jin ini berlaku beberapa bulan yang lalu apabila ia dibawa berjumpa dengan perapi kucing.

Menurut Qian, pemilik Jin Jin kebiasaannya dia akan membawa kucing itu berjumpa perapi tetapi pada waktu itu dia ada hal, menyebabkan dia terpaksa meminta pertolongan kawan.

Bagaimanapun, terjadi sedikit masalah komunikasi ketika menceritakan tentang jenis potongan bulu yang sepatutnya dibuat untuk Jin Jin.

Kebiasaannya, Jin Jin akan menerima potongan seperti singa tetapi disebabkan masalah yang berlaku, bulunya dipotong sehinggakan kelihatan seperti memakai topeng kucing.

Apabila Qian tiba di kedai perapi untuk mengambil Jin Jin, dia terkejut melihat 'perubahan' kucingnya itu.

Jin Jin sebelum (kiri) dan selepas
terkejut tukang perapi akan potong bulunya seperti itu." kata Qian kepada The Dodo sambil turut mengaku dia tidak dapat menahan rasa geli hati dengan keadaan Jin Jin.

Bagaimanapun, ia tidaklah menjadi masalah yang begitu serius buat Jin Jin kerana bulu boleh tumbuh semula.

Malah sekarang, bulu Jin Jin semakin melebat dan sudah kelihatan seperti dirinya yang asal semula.

Previous Post Next Post

Contact Form