Baju Raya Seksi Dikecam Netizen, Cemar Imej Aidilfitri

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Ramadan dan seterusnya Hari Raya Aidilftri. Walaupun tarikh hari raya masih jauh, kebanyakan pereka fesyen sudah mula mempromosikan koleksi baju raya masing-masing untuk dipakai ketika hari lebaran nanti.

Boleh dikatakan saban tahun kita melihat pelbagai fesyen hari raya yang terbaru diperkenalkan. Ada yang cantik dan menarik perhatian, namun ada yang agak mengejutkan kerana ia mendedahkan bahagian tubuh yang sepatutnya.

Koleksi rekaan baju Aidilfitri yang dimaksudkan itu menggunakan hashtag #EidbyFM atau Eid by Fatimah Mohsin.

Untuk pengetahuan semua, Fatimah Mohsin merupakan seorang fashion designer yang berasal dari Singapura dan rekaan pakaiannya dianggap tidak mencerminkan maksud sebenar Aidilftri.


Rekaan pakaian-pakaian beliau kebanyakannya menjolok mata dan mendedahkan bahagian dada, peha dan betis wanita. Bagi Netizen, pakaian itu boleh saja dipakai ke majlis-majlis tertentu atau keluar makan malam, tetapi tidak sepatutnya dipasarkan untuk dipakai semasa sambutan Hari raya Aidilfitri.









Atau mungkin ini ialah satu strategi pemasaran bagi perekanya meningkatkan populariti dalam bidang fesyen lantas mendapat lebih pembeli?

Rasanya tidak praktikal apabila memakai pakaian sebegitu pada Hari Raya Aidilfitri, terutamanya kerana kebanyakan wanita akan menghabiskan masa di dapur. Apa pendapat anda?
Previous Post Next Post

Contact Form