Dadah: Mamat Exist Didenda RM1,000

Johor Bahru - Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi selepas mengaku bersalah memasukkan methamphetamine ke dalam badan, enam tahun lalu.

Majistret Noor Aisyah Ahmad turut memerintahkan Mamat atau namanya, Mohd. Ali Kamarudin, 39, menjalani pengawasan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun, sekiranya gagal membayar denda terbabit, dia boleh dipenjara lima bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mamat didakwa memasukkan dadah berbahaya itu ke dalam badannya di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, kira-kira 3.30 petang, 21 Mac 2011.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali manakala Arwa Abdul Rahman.
Previous Post Next Post

Contact Form