Guru Jumpa Bayi Baru Lahir Ketika Berjoging

Bayi lelaki baru lahir ditemui ditinggalkan di taman permainan kanak-kanak Taman Pegola, dekat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, hari ini.

Bayi berkenaan dijumpai 7.30 pagi oleh bekas guru, G Thiruganakumar, 60, yang kebetulan berjogging di taman itu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan cukup sifat dan sihat.

"Bayi berkenaan ditemui lelaki dalam keadaan dibalut dengan kain batik dan diletakkan atas alat permainan papan gelongsor.

"Bagi memastikan tahap kesihatannya, bayi itu dibawa ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Previous Post Next Post

Contact Form