Kuala Lumpur: Polis Selangor sebentar tadi mengeluarkan satu kenyataan rasmi susulan video viral yang didakwa kejadian samun dan rogol yang dikatakan berlaku di Puchong pada 11 Mei 2017.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohammad Aminuddin Bin Megat Alias, polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan kejadian terbabit.
"Setakat ini, pihak Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian samun dan rogol seperti yang tular di media sosial.
"Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk untuk mengenalpasti lokasi kejadian dan juga mangsa serta saspek-saspek yang terlibat. Pihak polis menyeru agar mangsa yang terlibat serta tuan punya premis untuk tampil bagi membantu siasatan polis.
"Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan penyebaran berita tersebut sehingga dapat disahkan oleh pihak polis.
"Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran.
Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan video terbabit mulai viral di media sosial.
Video itu memaparkan dua orang lelaki yang memasuki sebuah premis sebelum melakukan dilihat melakukan perbuatan yang tidak menyenangkan terhadap seorang wanita di premis itu.