Lepas Bersalin, Nadya Syahera Mahu Cuba Watak Gila

Shah Alam - Berehat dua bulan selepas melahirkan cahaya mata pertama, Nadya Syahera kini bersedia beraksi di pentas lakonan.

Nadya, 24, berkata walau lama tidak muncul di kaca televisyen namun tawaran masih diterima dan sokongan peminat juga tidak berkurang.

“Tidak terganggu pun apabila saya berkahwin dan bersalin.

“Kalau bukan rezeki saya dalam bidang ini, sudah tentu saya tidak tercalon dan tidak diterima sampai sekarang.

“Alhamdulillah lepas saya bersalin pun masih ada orang terima dan beri tawaran kepada saya. Ini yang membawa rezeki untuk saya.

“Walau Bella sudah bersalin, masih lagi orang ingat Bella,” katanya kepada ProjekMMO merujuk watak antagonis dalam drama Dia Semanis Honey.



Isteri Fizul Nawi, 25, melahirkan cahaya mata pada 1 Mac lalu di Pusat Perubatan Darul Ehsan di sini.

Pasangan ini berkahwin pada 25 September 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Aleena Rose.

Nadya bulan lalu dicalonkan sebagai artis baharu bersama Aiman Tino, Alvin Chong, Khai Bahar dan Mat Dan dalam Anugerah MeleTop Era 2017.

A post shared by NS (@nadyasyahera) on


Pelakon drama Abang Bomba I Love You berkata bidang lakonan akan diteruskan selagi mendapat restu suami.

“Sekarang saya banyak menghadiri sesi fotografi dan bulan ini memulakan penggambaran untuk drama raya.

“Kalau penonton terima saya sebagai watak antagonis sahaja pun saya terima tetapi saya teringin juga watak jiwang atau jadi orang gila.

“Saya mahu pelbagaikan bakat saya, bukan sekadar antagonis tetapi ada juga watak baik, sedih dan sebagainya.
Previous Post Next Post

Contact Form