Bentong - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut manakala empat orang lagi cedera selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Lata Charok, Janda Baik di sini pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama 68 pelajar lain sedang mengikuti program perkhemahan di situ.
“Semasa kejadian, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa penuntut.
“Pasukan bomba sedang melakukan operasi bagi membawa keluar mangsa yang dihantar ke Hospital Bentong,”katanya di sini hari ini.