Pokok 'Ceiba Chodatii' Mati Akibat Cuaca Panas?

Kuala Nerus - Pokok 'benang sutera' atau nama saintiknya Ceiba Chodatii yang viral sebelum ini dikatakan telah mati beberapa hari yang lalu.

Menurut sumber, punca kematian pokok berharga RM180,000 sebatang itu akibat cuaca panas terlampau yang sedang melanda negeri Terengganu ketika ini disamping tiada penjagaan rapi oleh pihak yang bertanggungjawab.

Foto terbaru pokok tersebut juga telah tersebar di beberapa laman Facebook sejak semalam.


Bagaimanapun, foto berkenaan masih belum dapat disahkan kesahihannya setakat ini.

Pokok yang diimport dari Brazil itu merupakan sumbangan kontraktor utama projek Bandar Baharu Kuala Nerus.

Sebanyak tiga batang pokok benang sutera akan ditempatkan di setiap pintu masuk utama bandar baharu tersebut membabitkan kos keseluruhan hampir setengah juta ringgit.
Previous Post Next Post

Contact Form