Video Buah Dada Tersebar, Izara Aishah Mohon Maaf

Izara Aishah terpaksa memohon maaf selepas menerima kecaman ramai susulan video lamanya yang mendedahkan sisi payudaranya tersebar.

Video beliau menghadiri satu acara fesyen disebarkan melalui kumpulan WhatsApp hujung minggu lalu, kononnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular.

“Izara ingin memohon maaf kepada keluarga, peminat-peminat, dan setiap orang yang tersinggung dengan video yang tersebar,” kata pelakon itu di Facebook hari ini.

“Video itu sudah lama, dan bukanlah daripada [majlis] Anugerah Bintang Popular yang baru sahaja berlalu.”

Tidak pasti kandungan asal, pihak yang menyebarkannya dan berapa lama rakaman video tersebut.

Namun satu video yang dimuatkan di media sosial hanya selama tiga saat sewaktu beliau sedang berjalan masuk.

“Walaupun Izara teramat sedih dan malu dengan kelakuan seseorang membuka aib Izara sebegitu, Izara terima tunggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf kepada semua,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.

“Izara juga anggap ini sebagai suatu dugaan Allah, dan peringatan bagi Izara.

“Izara mempunyai tanggungjawab ke atas peminat-peminat dan akan berusaha untuk menjadi contoh yang lebih baik.”
Previous Post Next Post

Contact Form