Kes Rogol & Samun: Identiti 2 Suspek Sudah Dikenalpasti - Polis

Serdang - Identiti dua suspek yang terbabit dalam kes samun dan rogol di sebuah pusat judi di Bandar Kinrara, Puchong, dekat sini, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata polis kini sedang mengesan suspek terbabit. Megat Mohamad Aminuddin berkata, pemilik premis berkenaan juga tampil membuat laporan polis, semalam.

"Pemilik premis, seorang lelaki berusia 40 tahun tampil membuat laporan polis jam 4.23 petang semalam dan siasatan secara terperinci sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak Jumaat lalu, satu rakaman litar tertutup (CCTV) kejadian samun dan rogol, viral di media sosial dan dikatakan berlaku di sebuah pusat judi berkenaan.

Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kesasihan video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

1. Juruwang Pusat Judi Diperkosa & Dipaksa Seks Oral

2. Mangsa Dedah Rakan Turut Diperkosa

3. Polis Kesan Cap Jari & Air Mani Atas Lantai
Previous Post Next Post

Contact Form