Penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu, Tajul akui pernah diraba peminat selepas membuat persembahan.
Tajul berkata kejadian itu merupakan antara kenangan yang tidak dapat dilupakan selepas bergelar artis.
"Sebenar saya juga terkejut dengan sambutan peminat terhadap pendatang baru seperti saya.
"Saya sendiri merasai perubahan yang berlaku sebagai contoh kalau sebelum ini saya bebas keluar berseorangan tetapi selepas bergelar artis, agak terbatas sedikit.
"Sebab mana-mana saya pergi orang dah mula kenal. Ada yang minta bergambar dan juga tanda tangan.
"Antara kenangan yang tak boleh lupa bila saya pernah kena raba dengan peminat di Sabah.
"Perkara itu berlaku selepas selasai buat persembahan, saya turun untuk ambil gambar beramai-ramai dengan peminat.
"Keadaan agak sukar dikawal dan mereka mula berebut untuk ambil gambar, waktu itulah saya rasa ada tangan yang raba.
"Terus-terang saya katakan memang terkejut dan saya pun tak tahulah siapa yang raba sebab dah kelam-kabut.
"Kadang-kadang bila difikirkan kembali rasa macam tak percaya pula," katanya.