Wanita Menang Marathon Hanya Pakai Sandal, Skirt & Skarf

Mexico City - Seorang wanita berusia 22 tahun dari komuniti Pribumi, Tarahumara di Mexico memenangi acara larian ultra marathon sejauh 50 kilometer (km) hanya dengan memakai sandal.

Maria Lorena Ramirez berjaya menewaskan 500 peserta dari 12 negara dalam kategori wanita Ultra Trail Cerro Rojo di Puebla di tengah Mexico pada 29 April lalu.

Media tempatan melaporkan, Lorena hanya berlari dengan memakai sandal diperbuat daripada tayar kitar semula selain skirt dan skarf.


"Dia menghabiskan acara larian itu dalam tempoh tujuh jam dan tiga minit, sekali gus meraih hadiah utama berjumlah 6,000 peso (RM1,374).

Tahun lalu, Lorena menduduki tempat kedua dalam acara larian sama sejauh 100 km di Chihuahua.
Previous Post Next Post

Contact Form