(10 Gambar) Anak TPM Selamat Bernikah Di Mekah

Anak sulung kepada timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli perniagaan hari ini.

Pernikahan Datuk Nurulhidayah Zahid, 38, dengan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, 47, berlangsung di Masjid al-Haram, Mekah, pagi tadi, lapor Malaysian Digest.

Saiful, pengarah urusan Menara Rezeki Sdn Bhd berkata cinta berputik selepas beberapa kali terlibat dalam urusan perniagaan sejak awal tahun ini.

“Saya tidak percaya. Pelan asal kami adalah untuk memberitahu hal ini kepada keluarga kami di Makkah, tetapi cukup bertuah, kami di sini hari ini untuk meraikan perkahwinan kami,” katanya seperti dilapor portal itu.


Nurulhidayah berkata persetujuan daripada ibu bapanya memudahkan lagi pernikahan mereka walaupun pada mulanya keberatan menerima lamaran Saiful,

“Mengetahui bahawa semua orang merestui perkahwinan kami, kami hanya berharap untuk peroleh keberkatan pada hari-hari terakhir Ramadan ini,” kata ibu tiga anak itu.


Suami kepada Nurulhidayah meninggal dunia Jun tahun lalu selepas mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta di Bangsar.

Kes kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi kini sedang dibicarakan di mahkamah.
Previous Post Next Post

Contact Form