(5 Gambar) Remaja Perempuan 13 Tahun Dicekup Berparti Dadah

Remaja perempuan berusia 13 tahun antara 22 yang ditahan polis di pangsapuri di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pagi Rabu lalu, ketika berparti dan ambil dadah.

Dalam serbuan kira-kira 9 pagi itu polis mendapati semua suspek positif dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya turut menemui 40 pil dadah dalam serbuan berkenaan.

"Dalam pemeriksaan ini kami menahan 22 individu membabitkan 16 lelaki dan enam wanita. Sembilan daripada mereka adalah remaja bawah umur dengan yang paling muda remaja perempuan berusia 13 tahun.

"Polis turut merampas 26 pil eramin serta 14 ekstasi yang ditemui di pangsapuri yang disewa khas untuk parti berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan adalah kes parti peribadi pertama yang berjaya diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Ujian air kencing yang dilakukan mendapati semua yang ditahan positif dadah dan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Previous Post Next Post

Contact Form