Baru Tunang Dah Dapat Honda Civic, Kalau Kahwin Dapat Apa?

Kisah pasangan Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina bukanlah cerita baru.

Episod cinta pasangan kekasih itu menjadi tumpuan setiap kali Hafiz membuat kejutan luar biasa.

Tahun lalu, lelaki itu pernah mengejutkan kekasihnya menaiki kereta mewah limosin di sebuah hotel berprestij ketika sambutan hari jadi.

Terbaharu, Hafiz sekali lagi membuat kejutan kepada Syafiqah yang kini sudah bergelar tunangannya dengan menghadiahkan sebuah kereta Honda Civic sempena hari jadi ke-23.



Di Twitter, kisah pasangan ini menjadi buah mulut netizen. Ada yang mempertikaikan pemberian itu malah ada yang mempersoalkan apresiasi pemuda itu kepada wanita yang masih belum ada ikatan sah.



Lebih menghiburkan, netizen tertanya-tanya apakah hadiah yang bakal diberikan Hafiz kepada Syafiqah apabila berkahwin kelak.

"Tak sabar nak tengok hantaran apa. Rumah kot. Tak dengki tapi mesti kena better than kereta untuk kahwinkan," tulis @kokokainaluv.

Netizen juga sempat berseloroh. Kapal selam, kapal selam dan 'geli-geli' antara komen netizen yang mencuit hati.


Bagaimanapun, netizen masih tercari-cari latar belakang dan kerjaya sebenar Hafiz hingga sanggup melimpahkan kemewahan luar biasa kepada pasangannya.
Previous Post Next Post

Contact Form