'Kenapa Dia Nak Takut Kalau Tak Bersalah?' - Sarah Danielle

Seorang wanita bernama Sarah Danielle baru-baru ini berkongsi gambar perbualan WeChatnya bersama seorang pelakon lelaki yang didakwa cuba menggodanya.

BACA: 'Masuk La Bilik Cepat, Nak Tengok Boobies'

Namun, dalam kenyataan kepada portal mStar, Shukri Yahaya menafikan dakwaan itu dan menganggap wanita itu cuba meraih perhatian masyarakat melalui cara yang tidak baik dengan mengaitkan dirinya.

"Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk 'famouskan' diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri. Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular dengan cara pantas seperti ini.

"Saya sedikit pun tidak terasa dan malas nak layan. Stop making stupid people famous," katanya.

Shukri yang telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan anak perempuan tahun lalu berkata, dia enggan mengambil pusing dengan pendedahan tidak berasa itu kerana semua orang boleh menyamar menjadi dirinya.

Bagaimanapun, Sarah Danielle pula menegaskan bahawa screenshot mesej perbualan WeChat dengan pelakon itu adalah benar dan dia tidak akan sesekali menyunting gambar itu untuk tujuan memburukkan pelakon berkenaan.

"Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh, dia padam akaun WeChat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar.

"Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah? Malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya," kata model sambilan itu yang juga mengenali Shukri ketika pelakon itu menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak, beberapa bulan yang lalu.

Dalam kenyataan balas Shukri, dia mempersoalkan apa sebenarnya yang wanita itu mahukan dan mengambil tindakan berdiam diri serta enggan memanjangkan cerita kerana mahu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga.

"Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya. Jadi, kalau saya terus melayan, apa bezanya saya dengan dia? Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia jika saya ambil tindakan?" katanya.

Sementara itu, isterinya, Tya Adnan, hanya ketawa mlihat situasi itu selain menyifatkan ia satu perkara yang agak kelakar.
Previous Post Next Post

Contact Form