Cantik Di Sebalik Tompok Hitam, Kisah Evita Beri Inspirasi


Menelitiakaun instagram gadis ini, meski dilahirkan dengan wajah dan tubuh yang penuh dengan tompokan dan tahi lalat namun yang pasti dia cantik orangnya.

Malah setiap pose yang diberi ceria langsung tidak segan menonjolkan kekurangan diri walaupun hakikatnya sebelum ini Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, menerima pelbagai cemuhan termasuk dipanggil raksasa ‘Chipsmore’

Ujar gadis berasal dari Sabah ini dia sering dibuli, dihina dan tidak mempunyai kawan ketika di sekolah rendah menjadikan dia berasa malu untuk ke sekolah dan hilang keyakinan dalam hidup.

"Saya pernah menyalahkan takdir dan selalu menangis kerana dilahirkan seperti ini. "Tetapi sejak memasuki alam sekolah menengah, saya sudah ada kawan dan rasa dihargai menyebabkan saya yakin untuk bergaul dengan orang lain," memetik laporan dari Harian Metro.

A post shared by Ave Evita Patcey Delmundo💋 (@evita_delmundo) on


Menurutnya, kini dia bangga dengan 'kelebihan' yang dimiliki dan sedar keunikan yang dianugerahkan boleh mengubah masa depannya dengan lebih baik.

"Selain menjadi perhatian kerana mempunyai wajah unik, saya juga dijadikan inspirasi oleh rakan sebaya dalam membantu meningkatkan semangat kepada mereka yang kurang keyakinan dalam hidup.

"Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jangan lihat pada kekurangan, tetapi tonjolkan kelebihan yang kita ada," kata anak kepada pasangan Edgar Delmundo dan Rachel Sarah itu.

Sebelum ini kisahnya tersiar dalam Malaysia Beauty Pagent Fan Club hingga mencuri perhatian ramai.

Evita yang mempunyai bakat menyanyi dan bermain gitar, mempunyai lebih 15,000 pengikut di laman sosial Instagram dan rata-rata pengikutnya menjadikannya dirinya sebagai inspirasi.
Previous Post Next Post

Contact Form