Lebih 60 Jenis Barangan Makanan Dikenakan GST Mulai 1 Julai


Bermula 1 Julai ini, lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor The Star.

Antara barang yang akan dikenakan GST adalah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi memetik laporan akhbar China Press semalam.

Menurut portal berkenaan lagi, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy telah mengesahakan akan perkara ini di mana kenyataan penuh akan dikeluarkan pada hari ini.

"Ia hanyalah beberapa barang yang jarang digunakan oleh orang ramai," katanya.

Laporan menyebut antara barang yang akan dikenakan GST adalah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.


Antara barang makanan yang dikenakan GST bermula 1 Julai ini adalah termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.

Untuk sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.

Manakala barangan lain yang bakal dikenakan GST adalah termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.

GST telah diperkenalkan pada April 2015 dalam bentuk cukai 6 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan, untuk senarai lengkap barangan dan perkhidmatan berkadar sifar, lawatan gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my.
Previous Post Next Post

Contact Form