Pemandu Uber, Suami Mangsa Cabul Direman 4 Hari

Georgetown - Pemandu Uber dan suami mangsa cabul warga Vietnam sudah ditahan polis dan kini direman selama empat hari.

Ketua polis daerah Timur Laut berkata pemandu itu disiasat kerana mencabul manakala suami mangsa pula kerana merusuh.

ACP Anuar Omar berkata pemandu Uber dikatakan menghubungi mangsa pada malam kejadian dan menceritakan kejadian itu kepada suaminya.

“Suaminya kemudian meminta mangsa menghubungi lelaki terbabit semalam, kononnya hendak menggunakan khidmat Uber.

“Namun, sebaik tiba pemandu Uber itu dipukul suami mangsa dan juga beberapa rakannya,” katanya.

Beliau berkata beberapa lagi rakan suami mangsa masih dicari kerana memukul pemandu itu.

Selasa lalu, pemandu Uber didakwa membuka zip seluar dan memaksa wanita itu memegang kemaluannya sebelum menjerit dan melarikan diri.

Previous Post Next Post

Contact Form