Pukul Budak Perempuan, Wanita Warga Emas Direman 7 Hari

Petaling Jaya - Mahkamah Majistret hari ini, mengeluarkan perintah reman terhadap seorang wanita warga emas yang dirakam memukul seorang budak perempuan lebih 30 kali menggunakan penggaru badan.

Perintah reman tujuh hari bermula hari ini hingga 13 Jun ini, dikeluarkan Penolong Pendaftar, Hairol Azhar Mohd Ishak, terhadap suspek berusia 62 tahun itu.

Sejak semalam, video berdurasi dua minit 50 saat, menjadi viral di Facebook (FB), menunjukkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun sekurang-kurangnya 30 kali.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang makan sebelum wanita berkenaan mengarahkan kanak-kanak terbabit beredar dari meja makan kerana menumpahkan makanan.

Sebaik mangsa bangun, wanita itu memukul kanak-kanak berkenaan berkali-kali sehingga menangis.

ARTIKEL BERKAITAN:

1. Budak Perempuan Dipukul, Ditampar Kerana Tumpahkan Nasi
Previous Post Next Post

Contact Form