SPAD Alu-Alukan Isa Sebagai Pemangku Pengerusi

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusinya.

"Kami percaya pengalaman luas beliau yang diperoleh daripada pelbagai sektor akan memberikan manfaat kepada SPAD dalam usaha mentransformasikan landskap pengangkutan awam negara," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan, hari ini.

Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD bagi menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar yang bersara pada 3 Jun lalu selepas tujuh tahun memegang jawatan berkenaan.

Felda Global Ventures Holdings Bhd hari ini mengumumkan peletakan jawatan Isa sebagai Pengerusinya, berkuat kuasa hari ini.

Sementara itu, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV, juga berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata, Isa berhenti sebagai Pengarah Dilantik Kerajaan dan beliau akan memberi tumpuan kepada urusan peribadi.
Previous Post Next Post

Contact Form