Tolak Pengadil, Farizal Marlias Digantung 12 Bulan, Denda RM170,567

Penajaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias dikenakan hukuman penggantungan perlawanan selama 12 bulan dan denda sebanyak AS$40,000 (RM170,567) oleh Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Keputusan itu diputuskan selepas pemain berusia 30 tahun itu didapati bersalah mengasari pengadil perlawanan pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara 31 Mei lalu.

“Pihak jawatankuasa menekankan bahawa integriti fizikal pegawai perlawanan mesti dihormati dan dilindungi pada setiap masa,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan AFC, hari ini.

Hukuman penggantungan 12 bulan itu membabitkan perlawanan seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik, Eropah dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau perlawanan rasmi.

Penggantungan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh keputusan ini dikeluarkan iaitu 9 Jun 2017 hingga 8 Jun 2018.

Nasib malang turut menimpa jurulatih Johor DT Benjamin Mora yang turut diperintahkan membayar denda sebanyak AS$7,000 (RM29,856) kerana melanggar Perkara 50.1 daripada Kod Tatatertib dan Etika AFC susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan selepas perlawanan itu berakhir.

Post a Comment

0 Comments