(Video) Lelaki Kritikal Terkena Renjatan Elektrik Di Stesen KTM Sentul

Kuala Lumpur - Seorang penyelia pembersihan parah selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembersihan di Stesen KTM Sentul di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Suhaidi, 47, dikatakan menjolok sesuatu menggunakan batang aluminium berhampiran kabel elektrik di stesen berkenaan sebelum terkena renjatan.

Menurut jurucakap KTM Sentul, mangsa yang juga pekerja kontraktor kebersihan dikatakan sedang melakukan kerja pembersihan di situ, namun ada pihak yang mendakwa dia cuba menghalau burung menggunakan batang aluminium berkenaan.

"Tindakan mangsa menggunakan besi aluminium itu membolehkan arus elektrik mengalir dan merenjat tubuhnya. Difahamkan mangsa mengalami lecur 80 peratus pada tubuhnya.

"Pihak KTM sedang menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian itu," katanya yang turut memaklumkan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Sementara itu, satu rakaman video menunjukkan mangsa dalam keadaan terbaring sambil dibantu petugas perubatan viral di media sosial sejak beberapa jam lalu.

Menerusi ruangan komen pada video berdurasi 14 saat itu, ada beberapa pengguna Facebook memberitahu mangsa terkena renjatan daripada kabel elektrik bervoltan 25 kilovolt (KV).

Previous Post Next Post

Contact Form