(12 Gambar) Jambatan Rentas Laut Terpanjang Dunia Bakal Dibuka

Selepas tujuh tahun pembinaan, jambatan merentas laut terpanjang di dunia akan dibuka hujung tahun ini, menghubungkan Hong Kong, Zhuhai and Macao.

Jambatan sepanjang 54.7 kilometer itu akan memendekkan masa perjalanan dari Hong Kong ke Zhuhai kepada 30 minit berbanding tiga jam sekarang.

Pengarah biro yang mengendalikan jambatan itu, Zhu Yongling, mengesahkan jambatan berkenaan yang menggunakan 420,000 tan keluli, cukup untuk membina 60 Menara Eiffel , akan dibuka hujung tahun ini.

Pembinaan jambatan itu yang menelan belanja HK$112 bilion (£12 billion) itu tetap ada masalah, termasuk tujuh pekerja maut dan 129 cedera sejak pembinaan bermula pada 2011. Kebanyakan kemalangan itu tergelincir dan terjatuh dari tempat tinggi.

Previous Post Next Post

Contact Form