(14 Gambar & Video) Seorang Rentung Lori Tangki Minyak Meletup Di Bintulu

Miri - Sebuah lori tangki minyak meletup serta terbakar mengorbankan seorang individu dalam kemalangan yang berlaku pada 12.10 tengah hari di lampu isyarat Medan Central, Bintulu.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata akibat kebakaran lori tangki minyak tersebut menyebabkan lima kenderaan dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan turut terbakar.

"Semasa kejadian lori tangki minyak itu dari arah Kidurong menuju ke Tanjung Batu dalam keadaan agak laju," katanya dalam kenyataan Isnin.



Zailanni berkata semasa hendak membelok lori tersebut terlanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan lori tidak stabil dan tumbang lalu menyebabkan muatan lori tersebut meletup.

Menurutnya, satu mayat ditemui di bawah sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Fortuner yang terletak bersebelahan dengan lori tersebut.


Previous Post Next Post

Contact Form