Peminat Tegar K-Pop Bantah Fattah Amin Jadi Hero 'Coffee Prince'

Drama Korea “Coffee Prince” kira-kira 10 tahun dahulu memang meletup di Malaysia. Drama lakonan Gong Yoo dan Yoon Eun Hye ini telah menjadi kegilaan ramai ketika itu.

Baru-baru ini, pengarah popular, Michael Ang telah mengumumkan bakal mengarahkan drama remake “Coffee Prince” versi Malaysia. Drama ini akan dibuat sebanyak 28 episod dan memulakan penggambaran pada 19 Julai ini dan akan ditayangkan sekitar November 2017.

Apa yang menjadi perbualan hangat di kalangan netizen ialah pemilihan hero untuk “Coffee Prince” versi Malaysia ini iaitu Fattah Amin. Ramai yang membantah pemilihan tersebut kerana sudah jemu melihat wajah Fattah di kaca televisyen.


Selain Fattah, Janna Nick dan Hafidz Roshdi turut sama diumumkan sebagai pelakon utama untuk remake drama ini. Walaupun begitu, penglibatan Janna dan Hafidz pula tidak pula dikecam netizen yang juga peminat versi original Coffee Prince.

Antara komen netizen:-



Apa-apa pun, kita sama-sama nantikan “Coffee Prince” versi Malaysia di kaca tv tidak lama lagi. Adakah ia akan meletup seperti versi asal? Apa pendapat anda?
Previous Post Next Post

Contact Form