(7 Gambar) Lelaki Rentung Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

Tapah - Seorang Seorang lelaki rentung manakala seorang lagi cedera dalam nahas dua kenderaan yang terbakar di Kilometer 321.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala utara di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 3.10 pagi itu, pemandu kereta PROTON Iswara dikatakan tercampak keluar selepas kenderaan itu dipercayai merempuh pembahagi jalan.

Kereta berkenaan dan mangsa dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dari belakang. Mangsa yang dikatakan tersepit di bawah Toyota Estima rentung selepas MPV itu dan kereta mangsa terbakar.


Difahamkan, kejadian turut menyebabkan seorang yang menaiki Toyota Estima cedera manakala dua lagi dalam kenderaan itu terselamat. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.31 pagi.

Beliau berkata, anggota yang tiba tidak lama selepas kejadian segera memadam kenderaan.


"Pihak bomba mendapati seorang mangsa rentung dan terperosok di bawah Toyota Estima sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa menaiki Toyota Estima yang cedera dihantar dengan kenderaan bomba ke hospital untuk mendapatkan rawatan. "Operasi tamat jam 5.31 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat dibawa ke Hospital Tapah manakala mangsa yang cedera cedera dihantar ke Hospital Kampar.
Previous Post Next Post

Contact Form