Kanak-Kanak Kritikal Dipercayai Didera Keluarga Angkat

Batu Pahat - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan kini dilaporkan kritikal dipercayai akibat didera oleh keluarga angkatnya di Batu Pahat, Johor.

Susulan itu, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat (HSNI) dan hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa menerusi kenyataan media berkata, mangsa sebelum ini pernah dirawat di wad berkenaan kerana mengalami sawan sehingga tidak sedarkan diri.

Hasil semakan rekod, mendapati mangsa sudah dimasukkan untuk kali ketiga dan disyaki didera berikutan terdapat kesan kecederaan lama dan baru ditubuh mangsa.

Selain sawan, mangsa juga pernah mendapatkan rawatan di HSNI untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki menghidap penyakit tibi, namun hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan retak pada lengan tangan kanan mangsa.

Pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa juga mendapati terdapat kesan kulit yang melecur di tapak tangan kanan dan kiri serta bahagian tapak kaki kanan mangsa.

Mangsa kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberikan perlindungan tetapi diserah kempbali kepada pihak keluarga angkat.

Tangkapan terhadap ibu bapa angkat kanak-kanak terbabit juga juga telah dibuat di Taman Maju Batu Pahat dan Taman Karang Muhibah pagi tadi bagi membantu siasatan polis.
Previous Post Next Post

Contact Form