Remaja Maut Guna Telefon Bimbit Ketika Mandi

Texas - Seorang remaja perempuan maut selepas memegang telefon bimbit yang sedang dicaj semasa mandi.

Madison Coe, 14, dari Lubbock, meninggal dunia di rumah ayahnya di New Mexico pada hujung minggu ketika mandi, kata Hobbs News-Sun yang memetik pegawai kecemasan sebagai berkata.

Polis di Lovington, New Mexico berkata, mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik selepas pasukan kecemasan mendapati telefon bimbit, pengecas dan kabel sambungan di bilik mandi.

Nenek mangsa berkata, cucunya mempunyai kesan terbakar pada tangannya.

“Ia merupakan satu tragedi dan ia tidak sepatutnya berlaku kepada orang lain. Kami harap kejadian ini menjadi kesedaran kepada orang lain agar tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia dicaj,” kata Donna O’Guinn.
Previous Post Next Post

Contact Form