Tiga Hari Bersiaran, Pengikut Instagram Hannah Delisha Naik 85,000

Biarpun drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer baru sahaja tiga episod bersiaran, ramai peminat mula memperkatakan mengenai drama bersiri ini.

Lakonan aktor Syafiq Kyle dan pendatang baru Hannah Delisha, pengikut drama ini sudah mula jatuh cinta dengan keserasian watak Jemy dan Aira.

Drama bersiri arahan sutradara Eyra Rahman ini juga menjadi medan memperkenalkan bakat Hannah di Malaysia.

Walaupun baru sahaja tiga hari bersiaran, pengikut laman Instagram Hannah naik mendadak gara-gara drama bersiri ini.

Empat hari lalu, Hannah baru sahaja memuat naik sebuah entri di tanda penghargaannya kepada peminat kerana pengikut di laman Instagram miliknya telah mencecah 100,000 pengguna.

Kini, pengikut laman Instagram Hannah mencecah 185,000 pengguna.

Selain itu, ramai juga yang terpegun dengan kejelitaan Hannah yang merupakan gadis kacukan Melayu dan England.
Previous Post Next Post

Contact Form