(Video) Lelaki Berkopiah Curi Wang Dalam Peti Besi Masjid

Kuala Terengganu - Seorang lelaki berkopiah berjaya mencuri wang derma lebih RM3,000 dari peti besi di Masjid al-Furqan, Chendering di sini.

Perbuatan lelaki itu kira-kira jam 11 pagi Khamis dirakam kamera litar tertutup (CCTV), lapor Sinar Harian.

Kehilangan itu disedari petugas masjid Muhammad Zahid Hanaphi apabila mendapati pintu ruang solat muslimah terbuka.

“Saya membuat pemeriksaan melalui CCTV dan mendapati seorang pemuda berpakaian kemeja biru, berseluar hitam dan berkopiah masuk ke masjid,” katanya.

Rakaman menunjukkan suspek mulanya menggunakan lidi sebelum mengambil playar membuka mangga besi dan melarikan wang dalam beg plastik oren.

Imam masjid Suhaimi Taib pula berkata CCTV dipasang kerana kecurian berlaku beberapa kali di masjid itu.

Ketua polis daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abdul Rafar ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.



Previous Post Next Post

Contact Form