Luahan Cinta Bella Buat Suami Sentuh Hati Netizen

Baru-baru ini bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya yang juga merupakan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September lalu.

Meskipun sebelum ini pasangan ini tidak pernah mendedahkan kisah cinta mereka kepada umum, namun selepas pernikahan mereka, Emran telah menunjukkan sisi romantiknya dengan berkongsi kronologi hubungan mereka.

Pelakon cantik Laudya Cynthia Bella juga turut meluahkan rasa cintanya kepada suaminya, Engku Emran. Rata-rata netizen tersentuh dengan ucapan Bella.



“Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya,

“Lebih lagi dengan cara abang mencintai Aleesya, sosok lelaki yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak-anak saya dan abang nanti.”



Previous Post Next Post

Contact Form