Cerita Sebenar Video Viral 'Wanita' Berkebaya Merah

Viral di media sosial, video rakaman dashcam sebuah kereta yang mendakwa diganggu seorang wanita misteri yang berbaju kebaya merah, menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan video tersebut, kejadian itu didakwa berlaku pada jam 3.25 pagi Rabu dan menurut pemandu kereta berkenaan yang dikenali sebagai Megat, penampakan itu terjadi di Jalan Bukit Lengkok, Kulim, Kedah.



"Live record, Jalan Bukit Lengkok 28.03.2018 pagi tadi dalam pukul 3 pagi. Area Kulim Kedah," tulis Megat.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh seorang penduduk di kawasan tersebut dan menegaskan jalan yang dilalui pemandu itu bukan di Kulim, sebaliknya di Klang.

"Dah ke mana pula Bukit Lengkok, Kulim, Kedah? Ini kawasan rumah saya Jalan Kolam Lama di dem Klang Gate Taman Melawati. Orang Kuala Lumpur tahulah. Siapa tahu sejarah tempat ini, banyak orang bunuh diri, tempat orang buang benda dah di sini.

"Dulu masa kanak-kanak, selalu mandi di empangan dem ni. Pengunjung pun tak nak datang sebab 'keras'. Bukan tak nak datang, memang tak ada orang datang siang dan malam.

"Dulu Kerajaan Negeri pernah buat opening untuk hutan lipur, tetapi tetap orang tak berani datang sebab orang di kawasan ini tahu sejarahnya.


"Masa kanak-kanak dulu selalu kayuh basikal di kawasan ini nak pergi mandi di empangan. Siang pun rasa seram. Pernah di waktu maghrib saya dan kawan-kawan terperasan ada budak naik atas empangan. Maghrib, tiada siapa yang berani naik dah tetapi budak ini naik, terjun, naik balik dan terjun berulang kali. Kalau manusia, biasanya dah mati.

"Selain itu pernah nampak tiga ekor pontianak di tempat ini yang ternyata memang keras," kata Aril Catraz.

Ada segelintir netizen yang mendakwa video itu hanya lakonan semata-mata dan dikatakan dilakonkan oleh pelakon Nur Fazura bagi filem The Legend of Pontianak. Tetapi dinafikan kembali oleh netizen berikutan kain yang dipakai Fazura dalam filem itu tidak sama dengan video yang viral.


Juga tersebar perbualan WhatsApp sebuah group Taman Bunga Raya Official di mana ada ahlinya yang dikenali sebagai NasRc mendakwa dia dan rakan-rakannya telah merancang melakukan 'penampakan' tersebut.

"Aku pakat dengan 3-4 orang member, masing-masing pakai baju kebaya yang sama warna. Selepas itu, soh depa dok di 3-4 lokasi yang berbeza. Yang lain dok tepi jalan ja. Yang last dok tengah jalan. Manakala aku drive kereta siap camera, rekod sepanjang jalan.

"Dah dapat video, post dalam timeline aku. Boh tajuk gempak-gempak sikit, kompom viral. Sebab masyarakat kita mudah percaya dan terperdaya dengan cerita-cerita macam ni.


"So apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan orang yang mengaku cerdik. Hahaha! Sekian cerita aku malam ni," tulisnya.

Ramai netizen yang meluahkan rasa kecewa ditipu orang individu-individu yang tidak bertanggungjawab.
Previous Post Next Post

Contact Form