Ibu Ustaz Haslin Baharim meninggal dunia

Ibu kepada penceramah bebas terkenal, Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood, iaitu Hamidah Jasid meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Kampung Kaki Bukit Jana, Kamunting, pada 2.20 petang.

Berita pemergian Allahyarham turut dimakluman menerusi Facebook rasmi Ustaz Haslin hari ini.

“Innalillahiwainna ilaihirajiun. Assalamualaikum.. Ibunda saya Hamidah binti Jasid telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” katanya.

Menurut Ustaz Haslin, jenazah ibunya akan disolatkan di Surau Nurul Hidayah, Kampung Kaki Bukit Jana pada jam 9.30 malam ini.

Sementara itu, rata-rata pengikut Ustaz Haslin meninggalkan ucapan takziah di atas kehilangan insan tersayang hari ini.

Mereka berharap agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Previous Post Next Post

Contact Form